2,798 kes baharu Covid-19, 6 kematian semalam

0
3
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

SEBANYAK 2,798 kes baharu Covid-19 yang direkodkan, semalam.

Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan penurunan berbanding 3,490 kes kelmarin dan 4,071 pada 19 Ogos lalu.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,717,263 kes, dengan melibatkan kes import sebanyak lima kes.

Sementara itu, enam kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, satu daripadanya kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,136 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 40,890.

Seramai 39,417 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 29 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,379 kes pula dirawat di hospital dan 65 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 39 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here