“Saya memang teringin jadi penyanyi dari dulu lagi” – Aliff Syukri

0
2

USAHAWAN kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya tersinggung dengan apa sahaja yang dilakukannya sama ada kelakuan atau nyanyian.

Menurutnya, apa yang dilakukannya hanya sekadar suka-suka dan hiburan semata-mata selain minatnya yang mendalam untuk ingin menjadi seorang penyanyi.

“Saya tak suka bergaduh saya suka kebaikan..Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kepada semua rakyat Malaysia, artis semua lah..dan juga keluarga saya walau apa pun yang berlaku kesalahan ini adalah daripada diri saya sendiri.

“Apa yang berlaku ini hanyalah sekadar hobi menyanyi bersama @babyshimaofficial saya yang dibuat sekadar suka-suka sahaja dan hiburan semata-mata.

“Kalau korang tengok pun tak ada babak yang bersentuhan awak sebenarnya bukan tujuan untuk bersaing dengan artis ataupun keluar di kaca TV,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Beliau berharap permohonan maafnya itu diterima oleh semua dan turut mengharapkan sokongan ramai dalam minat nyanyiannya.

“Saya mengharapkan sokongan daripada anda semua, jujurnya saya memang teringin jadi penyanyi dari dulu lagi.. jujurnya saya sendiri tak pasti kenapa orang suka kecam saya.. apa salah saya?

“Saya juga tidak pernah marah atau bergaduh dengan mana-mana pihak semoga anda semua boleh jadi sahabat laman sosial saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here