
Muhammad Mustakim Ramli
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM ) menjelaskan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang tidak hadir Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Sabtu lalu.
Menerusi kenyataan hari ini, ATM memaklumkan Panglima ATM tidak menjalani proses kuarantin seperti didakwa.
“ATM menjelaskan bahawa Panglima Angkatan Tentera tidak hadir semasa Mesyuarat Khas MKN-Covid-19 pada 3 Oktober 2020 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
“Sebarang spekulasi yang mengaitkan beliau kini menjalani proses kuarantin kendiri adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial Panglima ATM antara yang hadir dalam mesyuarat itu, di mana salah seorang menteri positif Covid-19.
Susulan itu, semua pihak yang hadir termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin kendiri. – Malaysiapost
