Covid-19: Panglima ATM tak hadir mesyuarat MKN

0
1
SUBANG, 3 Jan -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang, 58, memberi tabik hormat kepada perbarisan kehormat pada Majlis Istiadat Perbarisan Serah Terima Jawatan Panglima Tentera Udara dan Upacara Kenaikan Pangkat Panglima Tentera Udara Ke-19 di Pangkalan Udara Subang hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Muhammad Mustakim Ramli

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM ) menjelaskan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang tidak hadir Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Sabtu lalu.

Menerusi kenyataan hari ini, ATM memaklumkan Panglima ATM tidak menjalani proses kuarantin seperti didakwa.

“ATM menjelaskan bahawa Panglima Angkatan Tentera tidak hadir semasa Mesyuarat Khas MKN-Covid-19 pada 3 Oktober 2020 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Sebarang spekulasi yang mengaitkan beliau kini menjalani proses kuarantin kendiri adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial Panglima ATM antara yang hadir dalam mesyuarat itu, di mana salah seorang menteri positif Covid-19.

Susulan itu, semua pihak yang hadir termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin kendiri. – Malaysiapost