Jangan tindas penghantar p-hailing – Asyraf Wajdi

0
3

PERGERAKAN Pemuda Umno akan meminta penjelasan dari pihak pengurusan Foodpanda (M) Sdn Bhd berhubung pelbagai aduan yang diterima daripada penghantar p-hailing syarikat berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya telah menerima banyak aduan daripada penghantar p-hailing syarikat berkenaan.

Beliau berkata, antaranya berkaitan isu pembayaran pendapatan perkhidmatan penghantaran pesanan yang masih belum diterima oleh mereka dari pihak syarikat penyedia.

“Selain itu, antara aduan yang kami terima lebih daripada 40 orang riders dan mungkin ramai lagi diluar sana yang menghadapi masalah bahawa mereka masih belum lagi menerima Bonus Pesanan yang dijanjikan syarikat penyedia semenjak Julai lalu.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Pihak syarikat penyedia seharusnya lebih peka tentang isu ini, lebih-lebih lagi ia melibatkan soal kebajikan dan pendapatan penghantar p-hailing,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Asyraf Wajdi berkata, seandainya ada masalah yang berlaku, pihak syarikat penyedia seharusnya mengambil langkah awal dengan memberi maklum balas kepada penghantar p-hailing mereka.

“Pemuda Umno dan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) akan ke pejabat operasi Foodpanda esok bagi mendapatkan penjelasan dari pihak pengurusan berkaitan isu ini dan mendesak supaya isu ini diselesaikan segera.

“Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) agar siasatan dibuat bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here