Mangsa banjir semakin meningkat

0
4

JUMLAH mangsa banjir dilaporkan semakin meningkat dengan Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu dilanda bencana berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kini adalah seramai 7,766 mangsa daripada 2,275 keluarga.

Berdasarkan laporan di portal InfoBencanaJKM, setakat jam 3 petang empat negeri dilanda banjir membabitkan Johor, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan dengan 85 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Menurut laporan itu, Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 7,355 mangsa daripada 2,178 keluarga yang ditempatkan di 78 PPS.

Sarawak pula merekodkan seramai 274 mangsa daripada 65 keluarga yang dipindahkan di lima PPS, manakala Sabah seramai 108 mangsa membabitkan 24 keluarga di satu PPS dan Negeri Sembilan seramai 29 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di satu PPS.

Setakat ini seorang lelaki tempatan dilaporkan lemas di Kluang, selepas kenderaan yang dinaiki dipercayai dihanyutkan arus deras. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here