Anwar, Wan Azizah ziarah Rafidah Aziz

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bertandang ke Tan Sri Rafidah Aziz bagi menziarah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Turut hadir, isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri turut memuatnaik gambar mereka berdua bersama Rafidah menerusi satu hantaran di Facebooknya.

“Bersama Azizah ke rumah Tan Sri Rafidah Aziz tadi. Doakan InshaAllah aafiyah buat beliau,” tulisnya.

Anwar dan Rafidah pernah berada dalam satu Jemaah Menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.

Ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kedua-duanya juga pernah bersama dalam kepimpinan Umno apabila Anwar menjadi Timbalan Presiden manakala Rafidah sebagai Ketua Wanita. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here