‘Rakyat berpecah dek politik, agamawan berpecah kerana beza pemikiran’

0
9

SETIAUSAHA Eksekutif Majlis Ulama Umno, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menzahirkan kebimbangan terhadap isu perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, lebih diburukkan lagi apabila perpecahan itu bukan hanya melibatkan rakyat berikutan berlainan fahaman politik, tetapi turut melibatkan golongan agamawan.

“Umat Islam sedang berhadapan dengan cabaran perpecahan. Di kalangan agamawan mereka berpecah kerana isu-isu perbezaan pendapat fiqh dan aliran pemikiran tauhid.

“Di kalangan rakyat mereka berpecah kerana pegangan politik kepartian,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata lebih menyedihakan apabila perpecahan itu memberi impak buruk termasuk dalam hubungan kekeluargaan.

“Ia (pepecahan di kalangan umat Islam) memberi kesan sehingga kepada hubungan kekeluargaan. Adalah ia berlaku secara spontan atau diagendakan?,” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here