Annuar Musa mahu kembali aktif berpolitik, mahu sertai parti tegakkan syiar agama

0
2

TAN Sri Annuar Musa berkata kini tiba masanya untuk beliau kembali meneruskan perjuangan politiknya secara berparti.

Sehubungan itu, bekas Ketua Umno bahagian Ketereh tersebut memaklumkan beliau sedang menimbang untuk menyertai parti yang sesuai dengan jiwanya.

“Sejak tahun 1979 (43 tahun lalu) saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya, sehinggalah saya dibuang dari parti tersebut Disember lalu.

“Kini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.

“Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya.

“Dan parti yang benar benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Annuar berharap ada parti yang sudi menerimanya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa.

Pada 8 Disember lalu, Annuar dipecat sebagai ahli Umno susulan kelantangannya mengkritik parti dan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan itu Annuar aktif dalam NGO dinamakan Muafakat Nasional yang mempunyai kepimpinan serta ahli di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here