Umno yakin RoS memihak kepadanya

0
2

UMNO yakin akan memperoleh keputusan positif daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu bulan depan.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno dijangka menerima keputusan rasmi RoS selewat-lewatnya minggu hadapan.

Beliau berkata, RoS mempunyai tempoh 60 hari untuk memberi respon kepada aduan yang dibuat oleh dua orang ahli Umno yang mempertikaikan keabsahan usul dalam Perhimpunan Agung Umno itu.

“Malah, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, sudah memberi maklum balas kurang dari 10 hari daripada tarikh aduan.

“Malah, siri perbincangan sudah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dengan Ketua Pengarah RoS dan penasihat undang-undang mereka.

“Justeru, saya yakin maklum balas yang akan kita perolehi adalah sangat positif kerana segala peraturan diikuti sepenuhnya. Jawapan rasmi daripada RoS dijangka selewat-lewatnya akhir minggu depan,” katanya pada sidang media selepas melawat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di Gua Musang, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here