Saingan 7 penjuru rebut jawatan Naib Presiden Umno

0
2

PEREBUTAN bagi jawatan Naib Presiden Umno setakat semalam menyaksikan saingan tujuh penjuru.

Tiga jawatan itu ketika ini disandang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Setakat semalam, Mohamed Khaled dan Mahdzir telah mengesahkan akan bertanding bagi pertahan jawatan masing-masing, manakala Ismail Sabri masih belum menghantar borang pencalonan.

Turut mengesahkan akan bertanding merebut tiga jawatan Naib Presiden ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Seorang lagi ahli MKT turut mengesahkan bertanding iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Bekas Pengerusi Umno Johor yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menghantar pencalonan bagi jawatan sama.

Saingan bagi jawatan Naib Presiden ternyata menjadi tumpuan pada pemilihan Umno kali ini, selepas dua jawatan utama, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Tarikh akhir bagi menghantar borang pencalonan adalah pada jam 5 petang esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here