Sembang apa agaknya tu?

0
2

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam memuatnaik video beliau berbual mesra bersama Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Video dirakam di lobi Parlimen itu menarik perhatian ramai berikutan Hishammuddin ketika ini berdepan penggantungan sebagai ahli Umno selama enam tahun.

Menerusi video pendek itu, Hamzah dan Hishammuddin saling membuat ‘fist bump’ atau melaga tangan, sekali gus menggambarkan kemesraan kedua-dua pemimpin.

Mereka juga kelihatan berbual mesra sambil ketawa sebelum masing-masing berlalu pergi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kedua-dua pemimpin kerana mengekalkan ukhuwah walau berbeza parti.

Malah ada juga yang meminta Hishammuddin mengisi borang menyertai Bersatu susulan digantung oleh Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here