Belanjawan 2023: Jaga kesejahteraan kanak-kanak, perkasa kerjaya wanita – Nancy

0
2

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana merealisasikan cadangan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, KPWKM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memperincikan perkara itu secepat mungkin.

“KPWKM turut berbesar hati atas pengumuman pertubuhan sebuah unit
khas di bawah Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk
membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

“Kami sedia membantu PDRM demi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah JKM untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, Nancy mengalu-alukan inisiatif di bawah PERKESO untuk menggalakkan wanita yang sebelum ini terpaksa berhenti kerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak.

“Kami percaya pindaan akta oleh Kementerian Sumber Manusia ini akan menjadi pemangkin dan menyuntik semangat golongan wanita yang bergelar ibu untuk terus berjaya dalam profesion mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here