Mahdzir pertahan jawatan Naib Presiden Umno

0
2

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam pada Pemilihan Umno 2023 pada Mac depan.

Menurutnya, beliau ingin terus menyumbang khidmat kepada parti khususnya bagi membantu kepimpinan tertinggi yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Sukacita saya umumkan akan menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding dan mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.

“Ketika ini Umno berada dalam situasi yang amat mencabar dan saya ambil pendirian untuk meneruskan perjuangan dan khidmat bakti saya kepada parti ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Mahdzir sebelum ini merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar di bawah kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Terap tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, beliau mahu membawa gagasan kebersamaan dalam pemilihan parti demi memulihkan kembali Umno.

“Kebersamaan itu penting, disiplin juga kena ada. Jadi, kebersama dan disiplin dalam parti penting untuk kita bawa. Perbezaan pendapat satu satu bentuk yang boleh dinyatakan, tetapi apabila keputusan dibuat parti kita akur,” katanya.

Mahdzir menghantar borang pencalonannya di ibu pejabat Umno hari ini.

Beliau juga akan bergerak secara sendirian tanpa menyertai mana-mana kem dalam Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here