Lebuhraya Pantai Timur, KLK tawar Menu Rahmah mulai esok

0
2

MENU Rahmah berharga RM5 akan mula ditawarkan di beberapa lokasi terpilih di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) bermula esok.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi LPT, memaklumkan Menu Rahmah berkenaan akan mula ditawarkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

Pengguna lebuhr aya boleh menikmati Menu Rahmah di lokasi antaranya Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah; RnR Temerloh; RnR Gambang; dan LAYBY KM21 (gerai makan terpilih).

“Menu Rahmah akan ditawarkan mulai esok di lokasi yang tertera. Selamat menjamu selera,” menurut hantaran itu.

Terdapat dua sesi waktu untuk pembelian Menu Rahmah iaitu bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang, dan 6 petang hingga 8 malam.

Pengguna lebuh raya boleh menikmati Menu Rahmah dengan memilih sama ada nasi dengan pilihan ikan atau ayam, di samping sayur.

Menu Rahmah yang mula diperkenalkan awal bulan ini dilaporkan sudah menarik penyertaan 512 premis seluruh negara.

Semua premis itu mewakili pelbagai jenis masakan termasuklah kedai masakan panas, restoran India Muslim dan serta rangkaian restoran makanan segera.

Inisiatif menawarkan makanan pada harga RM5 itu juga akan dilaksanakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS dalam masa terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here