Kerajaan tetap tak benar keluarkan sekali lagi KWSP

0
2

KERAJAAN kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan sekali lagi pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebaliknya akan menggunakan kaedah lain bagi membantu golongan rakyat yang terkesan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pengeluaran KWSP sudah diberikan sebanyak empat kali ketika pandemik Covid-19 dan simpanan pencarum menyusut dengan ketara akibat pengeluaran tersebut.

Menurutnya, melihat daripada tahap kecukupan simpanan setakat 31 Disember 2022 peratusan ahli aktif berusia 55 tahun dan ke bawah yang mencapai simpanan asas mengikut umur hanya 29 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa sebanyak 71 peratus ahli berada dalam keadaan situasi yang serius dimana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad berkata, berdasarkan rekod, seramai 6.7 juta atau 51.5 peratus pencarum di bawah usia 55 tahun kini mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah.

“Saya kira dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), ada kaedah lain untuk membantu kumpulan ini.

“Apabila kita melihat kepada angka, mereka yang layak (untuk membuat pengeluaran), sebenarnya mereka tidak mahu keluarkan pun, masalahnya bagi yang sikit (simpanan), makin sikit pengeluaran (untuk dilakukan).

“Walaupun mereka akan ada gaji, tapi struktur gaji di Malaysia ini adalah rendah. Kita ingin pastikan rakyat berpendapatan tinggi, maka KWSP mereka merentas kaum juga akan tinggi dan ini antara perkara utama yang ingin kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad berkata, 5.2 juta ahli KWSP adalah golongan B40 dimana sebelum April 2020 jumlah simpanan mereka adalah RM13 bilion tetapi selepas Disember 2022, simpanan itu turun sebanyak 46 peratus dan tinggal RM7 bilion.

“Tetapi kumpulan T20 ada 2.6 juta ahli KWSP dengan simpanan sebanyak RM538 bilion dan bukan menurun selepas Covid-19 sebaliknya naik 11 peratus menjadi RM597 bilion,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut Ahli Parlimen Pontian itu memaklumkan pengeluaran empat kali KWSP adalah semasa pandemik Covid-19 dan sekarang negara memasuki fasa endemik dan negara lain yang membenarkan pengeluaran sama tidak lagi membenarkannya.

“Ahli KWSP daripada kumpulan B40 dan M40 paling terjejas akibat daripada pengeluaran itu dan 6.7 juta ahli KWSP berusia bawah 55 tahun kini mempunyai simpanan RM10,000 dan kurang.

“Saya kira dalam Bajet 2023 pada Jumaat ini sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri bahawa ada kaedah-kaedah lain untuk membantu kumpulan-kumpulan yang terjejas.

“Yang layak (keluarkan) itu sebenarnya mereka tidak mahu keluarkan pun, apabila kita lihat daripada angka-angka yang ada. Yang masalahnya yang sikit (simpanan) akan jadi makin sikit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here