Sepatutnya Tengku Maimun tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib

0
2

KETUA Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sepatutnya menarik diri daripada panel lima Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42,juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini, ia disebabkan Tengku Maimun mempunyai konflik kepentingan susulan suaminya, Datuk Zamani Ibrahim membuat hantaran yang mempunyai sentimen negatif terhadap bekas Perdana Menteri itu di laman sosial Facebook, lima tahun lalu.

Beliau berkata, kritikan teruk dibuat oleh Zamani terhadap Najib pada 2018 sebaik keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diumumkan yang disifatkan seperti satu perayaan di Facebook.

Bagaimanapun katanya, hantaran itu dipadamkan selepas laporan polis mengenainya dibuat pada Ogos 2022.

Menurut Muhammad Shafee, penghantaran perkongsian maklumat antara suami dan isteri mungkin berlaku dan isu berkenaan perlu dipertimbangkan secara serius.

Katanya, Zamani membuat kenyataan yang sehingga ke peringkat menyalahkan bekas Presiden Umno itu di atas kejatuhan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd dan kebiasaannya suami dan isteri berkongsi pendapat mereka.

“Kami menyatakan bahawa kegagalan korum berlaku dalam permohonan supaya ketua hakim negara menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kerana keputusan mahkamah terdahulu diputuskan dengan tidak wajar mengikut seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964.

“Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa,usul itu diputuskan sebulat suara oleh kesemua lima hakim Mahkamah Persekutuan. Tengku Maimun menulis penghakiman utama dan empat hakim lain bersetuju dengannyanya.

“Oleh kerana perbincangan dan penyertaan Tengku Maimun dalam usul terhadap dirinya itu secara teknikalnya adalah cacat, dan satu-satunya penghakiman yang tinggal adalah daripada empat hakim lain yang bercanggah dengan artikel 74 COJA,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu ketika mendengar rayuan akhir kes SRC International Sdn Bhd, panel lima hakim dipengerusikan Tengku Maimun menolak permohonan Najib supaya beliau menarik diri daripada mendengar rayuan itu.

Dalam keputusan panel itu, Tengku Maimun berkata, mahkamah mendapati permohonan terbabit gagal menunjukkan terdapat bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan berat sebelah.

Katanya, permohonan itu mesti menunjukkan bahawa kenyataan oleh pihak ketiga akan menjejaskan penemuan dan dapatan mahkamah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here