KWSP: Kerajaan jangan sombong, dengarlah rintihan rakyat – Wan Saiful

0
2

BERSATU kesal dengan kerajaan perpaduan kerana tidak mengendahkan rayuan dan rintihan rakyat yang mahu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut menyelar kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat sombong sehingga lupakan agenda rakyat yang sering dilaungkan sebelum ini.

“Nampaknya sejak duduk dengan BN, rakan-rakan PH telah terlupa agenda rakyat yang sering dilaungkan sebelum ini. PH sudah jadi sombong dan ‘detached’ daripada rakyat.

“Saya harap ‘kerajaan kayangan’ ini turun berpijak di bumi yang nyata dan segera bantu rakyat.

“Jangan sombong dengan kuasa yang ada. Gunakan kuasa untuk manfaat rakyat bukan untuk balas dendam kepada mereka yang lantang sahaja,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas sekumpulan pertubuhan termasuk orang kelainan upaya (OKU) yang sanggup berpanas di depan Pejabat Perdana Menteri untuk menghantar memorandum rayuan pengeluaran KWSP bersasar pada Jumaat lalu.

Menurut Wan Saiful, tindakan kumpulan berkenaan yang tidak mempedulikan cuaca panas terik membuktikan bahawa situasi sekarang ini adalah sangat mendesak.

“Jika situasi tidak serius, sudah pasti mereka tidak berkumpul di tengah panas sebegitu sekali. Ini bukti bahawa situasi sekarang adalah mendesak.

“Perlu ditegaskan permohonan kita adalah pengeluaran bersasar yang mana kita boleh wujudkan peraturan untuk memastikan ada keseimbangan antara memenuhi keperluan hari ini dan memastikan kesejahteraan masa depan,” katanya.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, peranan sebenar kerajaan ialah mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat, bukan menolak mentah-mentah apabila rakyat merintih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here