Tengku Zafrul ikrar junjung perjuangan Umno

0
2

TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menzahirkan rasa syukur atas pelantikannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi.

Beliau yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor berikrar akan menjunjung perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas ketentuanNya.

“Saya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT Umno disaksikan oleh barisan pimpinan tertinggi yang juga teman-teman seperjuangan rapat saya,” katanya menerusi Facebook.

Tengku Zafrul turut merakam penghargaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pucuk pimpinan atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

“Perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air akan sentiasa saya junjung, InsyaAllah,” katanya.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dilantik sebagai Ahli MKT Umno malam tadi.

Pelantikan itu diumumkan Ahmad Zahid sebelum mempengerusikan mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here