Isteri dedah Hafidz Roshdi curang, ‘orang ketiga’ datang rumah

0
2

ISU rumahtangga pelakon, Hafidz Roshdi kembali menjadi bualan hangat selepas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan mengenai kehadiran ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka.

Sebelum ini, Hafidz, 29, menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan rumah tangganya serta hubungan dengan isterinya berada dalam keadaan baik.

Namun, kenyataan Hafidz itu seolah-olah ‘tidak kena’ apabila isterinya tampil mendedahkan isu kehadiran orang ketiga berkenaan.

Shuhada berkata, dia ingin berterima kasih kepada wanita itu kerana tergamak merampas bapa kepada anak-anaknya selain meruntuhkan rumah tangga mereka.

“Terima kasih sebab sakitkan saya dengan anak-anak saya yang tak berdosa, terima kasih sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak saya.

“Terima kasih sebab runtuhkan rumah tangga saya, terima kasih sebab sesama perempuan pun awak sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak ‘fight for your love’,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Shuhada memberitahu wanita berkenaan sanggup datang ke rumahnya tanpa ada perasaan malu.

Sebagai isteri, Shuhada mengakui dirinya terasa bodoh kerana sering bersangka baik dengan apa yang berlaku sehingga menyebabkan dia menderita, selain mendakwa wanita berkenaan lebih hebat dalam ‘ilmu menyondol’.

“Terima kasih sebab bahagia atas penderitaan kami, terima kasih sebab layan dia haha, terima kasih sebab bagi peluang dekat Allah untuk membuktikan kepada kami yang Dia maha adil. ‘He will make you suffer’ berjuta kali sakit dari saya dan anak-anak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here