Anwar Perdana Menteri bertaraf dunia – Maszlee

0
2

BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bertaraf dunia.

Menurut Maszlee, lawatan Anwar ke Turkiye dan bertemu Presiden negara itu, Recep Tayyip Erdogan sebelum bergegas pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Parlimen, telah meletakkan standard yang tinggi sebagai Perdana Menteri.

“Inilah baru PM bertaraf dunia!

“Tahniah YAB DS Anwar Ibrahim kerana telah meletakkan standard yang tinggi untuk PM Malaysia selepas ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Anwar sebaik tiba dari Turkiye hari ini terus hadir ke sidang Parlimen untuk sesi Penerangan Menteri-Menteri di bawah Peraturan 14 (1)(i) berhubung lawatan ke negara tersebut.

Anwar berkata, beliau menyampaikan ucapan penghargaan kerajaan Turkiye kepada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan Parlimen Malaysia atas bantuan, ucapan takziah berikutan bencana gempa bumi di Nurdağı, Gaziantep.

Katanya, kerajaan Turkiye turut memuji kecekapan pasukan SMART Malaysia dalam membantu operasi menyelamat mangsa gempa bumi.

Perdana Menteri turut mencadangkan agar petugas SMART yang terlibat dalam misi ini diberi pingat dan elaun khas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here