Zamarul terima menantu

0
2

PELAKON Zamarul Hisham, terima menantu sulung selepas anak lelakinya, Izzat Haiqal, 24, selamat berkahwin dengan Dina Zakirsa, baru-baru ini.

Dalam hantaran di Instagramnya, Zamarul atau nama sebenarnya, Zamarul Hisham Mohamed menitipkan doa dan nasihat agar ikatan perkahwinan pasangan itu berkekalan.

“Tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhilah dengan sifat bertolak ansur.

“Saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagiaan, keharmonian, dan kekal hingga Jannah,” tulisnya.

Zamarul turut berkongsi foto bersama pasangan pengantin serta isterinya juga pelakon Diana Rafar.

Dalam masa sama, Zamarul yang membalas komen kelihatan teruja dan bersedia untuk bergelar datuk.

“Walaupun akan jadi atok (datuk), TikTok tetap ‘on’. Umur itu sekadar angka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here