Speaker puji Sany, Awang berdamai isu gelaran beruk dan kera

0
2
KUALA LUMPUR, 19 Dis -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun Datuk Johari Abdul menandatangani watikah pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

GELARAN ‘beruk’ dan ‘kera’ yang tercetus di persidangan Dewan Rakyat sebelum ini, dianggap selesai hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memaklumkan kontroversi melibatkan ‘drama hangat’ antara Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) itu berjaya diselesaikan dengan aman dan baik.

Johari menjelaskan, beliau telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Sany dan Awang di pejabatnya, semalam.

“Berkaitan isu dibangkit Ahli Parlimen Pendang semalam, saya jumpa di kamar saya Pendang dan Ahli Parlimen Hulu Langat dan ia diselesai dengan baik antara mereka berdua.

“Saya ucap terima kasih, ini contoh ahli Parlimen ada integriti dalam dewan ini,” katanya sebelum sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja mengambil tempat di Parlimen.

Semalam, Awang meminta Johari membuat keputusan perkembangan berhubung isu berkenaan.

Pada sesi pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama 19 Disember lalu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Sany didakwa mengeluarkan perkataan biadap terhadap Awang.

Ia tercetus apabila, Sany bangkit selepas kedengaran Awang berkata: “Kami tidak jadi kera lah, Hulu Langat.”

Sany yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan bangun dan menggelarkan Awang sebagai ‘Pendang Beruk’.

“Ehh hang Pendang (Awang Solahuddin) apa? Beruk?… Hang beruk, Pendang Beruk. Dia sebut dulu (kera). Hey, dia sebut dulu kera. Ini satu lagi perangai tak elok,” kata Sany pada sesi perbahasan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu.

Awang kemudian menjelaskan perkataan ‘kera’ bukan dituju kepada Sany sebaliknya disalah tafsir oleh Sany dan meminta wakil rakyat PH itu menarik balik tuduhan ‘beruk’ dan memohon maaf. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here