Bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya

0
2
Penduduk-penduduk mengambil air yang dibekalkan oleh Air Selangor di Pusat Khidmat Setempat berdekatan Padang Bola Hospital Kuala Lumpur hari ini.

TUJUH wilayah di Selangor yang mengalami gangguan bekalan air susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) kelmarin, akibat pencemaran bau pulih sepenuhnya hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), memaklumkan bekalan air di kawasan yang terjejas itu pulih sepenuhnya jam 6 pagi tadi.

Menurut Air Selangor, tujuh wilayah berkenaan adalah membabitkan Petaling (369 kawasan), Gombak (278 kawasan), Hulu Selangor (30 kawasan), Klang & Shah Alam (189 kawasan), Kuala Langat (3 kawasan) dan Kuala Selangor (168 kawasan).

“Henti tugas sementara empat LRA iaitu LRA Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

“Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu media melaporkan sebenyak 1,337 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air bermula kelmarin, selepas empat loji rawatan air henti tugas sementara.

Gangguan melibatkan lapan wilayah di Selangor iaitu Petaling, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Shah Alam, Kuala Langat dan Kuala Selangor, manakala 186 kawasan di Kuala Lumpur turut terjejas.

Ia susulan pencemaran bau yang dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here