Ali Puteh pulangkan ‘barang’ dihantar ke rumah

0
2

PELAWAK Ali Puteh meluahkan rasa kecewa selepas pendedahan penemuan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain yang didakwa ditinggalkan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali menjadi bahan sindiran warga maya.

Menerusi hantaran di Instagram hari ini, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata terserah kepada netizen untuk menjadikan ianya sebagai jenaka kerana perkara itu tidak berlaku kepada mereka.
.
“Bergelak ketawa la dengan sindiran komen taburan garam limau dan bangkai itu sebagai mainan. Ada yang mengejek ini sebagai jenaka.

“Ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam garam. Tidak kena pada anda semua. Kalau kena, pada yang komen itu semua tau la. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa. Ini barang jangan dibuat main,” tulisnya.

Dalam masa sama, Ali juga memberitahu telah ‘memulangkan’ barang tersebut kepada pemiliknya.

Menurut Ali, dia mendoakan agar Allah SWT memberikan keampunan dengan perbuatan tersebut.

“Pada si penabur barang-barang itu.. jangan risau. Kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu.

”Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dibuat,” ujarnya lagi.

Semalam, Siti Norhidayah merupakan balu Allahyarham Abam Bocey telah berkongsi klip video di Instagram miliknya yang memaparkan dia telah mengunjungi rumah yang dibina Abam, namun tidak disambut dengan baik.

Menurut Siti Norhidayah, dia sangat kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah milik Allahyarham itu seolah-olah tidak dilayan apabila tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan Ali Puteh dan keluarganya hanya berdiam diri dan tidak membuat bayaran sebanyak RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Menerusi hantaran klip video itu juga turut meminta pihak mereka menyegerakan bayaran RM60,000 itu seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here