Wan Saiful akan bawa isu pengeluaran KWSP bersasar di Parlimen

0
2

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berjanji akan menyuarakan lagi desakan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar pada sidang Parlimen akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, usaha mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran berkenaan memerlukan kemahuan politik (political will) untuk melaksanakannya.

“KWSP bersasar ini memerlukan ‘political will untuk melaksanakannya. Saya akan suarakan lagi dalam sidang parlimen akan datang. Setuju atau tidak?,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Sebelum ini, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIRM) mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran segera KWSP secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023 bermula.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir menegaskan, ramai pencarum yang mengharapkan simpanan berkenaan ekoran terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya, pencarum tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP semata-mata, namun tiada pilihan lain kerana amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Malah, beliau yakin kerajaan akan meluluskan permohonan itu bagi memastikan kelangsungan hidup golongan terkesan, ditambah tuntutan PGIR disokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan wakil rakyat di Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here