Pelantikan Nurul Izzah mesej buat Rafizi – Raja Petra

0
2

PENULIS blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin mendakwa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Nurul Izzah sebagai penasihatnya, sebagai satu mesej kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Menurutnya, pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri itu juga tamparan kepada Timbalan Presiden PKR tersebut.

“Ramai tak faham yang tindakan Anwar Ibrahim melantik Nurul Izzah sebagai penasihat ialah satu mesaj dan tamparan kepada Rafizi Ramli,” tulisnya di media sosial.

Baru-baru ini Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Susulan itu Anwar selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika mempertahan pelantikan anak sulungnya itu berkata Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun.

Selepas PRU15 lalu, Rafizi antara menteri yang dikritik pelbagai pihak susulan beberapa kenyataannya berhubung usaha menangani kenaikan harga barang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here