Banjir di Pahang semakin buruk, 3,997 mangsa di PPS

0
2

BANJIR di Pahang semakin memburuk apabila 3,997 mangsa daripada 1,166 keluarga terjejas akibat bencana itu, setakat jam 12 tengah malam tadi.

Mangsa yang terlibat banjir ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Pekan.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa terdiri 1,194 lelaki, 1,227 wanita, 1,390 kanak-kanak, 186 bayi, 224 warga emas dan 71 orang kelainan upaya (OKU).

Sementara itu, 17 PPS dibuka di Kuantan yang menempatkan 3,887 mangsa manakala empat PPS dibuka di daerah Pekan yang menempatkan 110 mangsa.

“Di Kuantan, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Seri Mahkota menempatkan 266 mangsa; Dewan Orang Ramai Sri Damai (149 mangsa) ; Dewan Dato Manan (406 mangsa) ; PPS Dewan Serbaguna Jaya Gading (189 mangsa) dan Wisma Belia (355 mangsa).

“Selain itu, 224 mangsa banjir berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1; Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (430 mangsa) ; Dewan Taman Tas (298 mangsa) ; SK Wira (197 mangsa) dan Dewan Wawasan JPS Kemunting (151 mangsa),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, PPS SK Pandan menempatkan 379 mangsa; Balai Raya Kampung Pahang (30 mangsa) ; SK Kempadang (132 mangsa) ; Kolej Kemahiran Tinggi Mara (394 mangsa) ; SAR KAFA Jaya Gading (217 mangsa) ; Dewan Melati Penjara Penor (62 mangsa) dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (lapan mangsa).

Dalam pada itu, di Pekan, PPS Seri Terentang menempatkan 10 mangsa; SK Tanah Putih (15 mangsa) ;Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (70 mangsa) dan SK Sri Maulana (15 mangsa). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here