4 hari ditayangkan, filem Coast Guard raih kutipan RM2.5 juta

0
2

Mencipta fenomena tersendiri, filem genre aksi, Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memulakan tayangan di seluruh pawagam pada Sabtu lalu telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta.

Agensi Penguatkuasa Maritim, menerusi hantan di Facebook mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia memberi sokongan menonton filem aksi itu di pawagam di seluruh negara.

“Terima kasih Malaysia di atas sokongan anda semua. Coast Guard Malaysia: Ops Helang mengutip RM2.5 juta setakat ini,” tulis agensi itu.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang telah diterbitkan oleh Flying Deals dan Arie Zaharie Production dan menelan belanja sebanyak RM13 juta dan mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Filem yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Hazama, Sabri Yunus, Aziz M.Osman, Adlin Aman Ramlie dan Azlan Komeng.

Naskah ini merupakan arahan Allahyarham Pit Hanif dan berdurasi 1 jam30 minit.

Ia mengisahkan kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang mahu memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here