PKR belum buat pendirian terima bekas ahli Umno

0
2

PKR akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Umno mengenai permohonan mana-mana bekas ahli Umno yang ingin menyertai parti berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini partinya tiada sebarang pendirian sama ada akan menerima atau menolak permohonan mana-mana bekas ahli Umno.

Menurutnya, beliau mengambil maklum kenyataan beberapa bekas ahli Umno, yang menyatakan hasrat untuk menyertai parti itu.

“Kita belum buat sebarang keputusan. Kita akan bincang dengan pemimpin Umno apabila tiba masanya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, hari ini.

Beliau ditanya mengenai pendirian PKR jika menerima permohonan daripada bekas ahli Umno, yang disingkirkan parti itu, baru-baru ini.

Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, dilapor ada mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan dua rakan baiknya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam PKR.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun menegaskan ia bukan pilihan tunggalnya selepas dipecat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 27 Januari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here