Cukup-cukuplah pertikai Umno, BN – Armand Azha

0
2

KHAIRY Jamaluddin dan beberapa pemimpin Umno lain sama ada yang telah dipecat, digantung atau meninggalkan parti dan sebagainya, dinasihat supaya tidak menceritakan naratif tidak baik mengenai Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah, berkata bekas Ketua Pemuda Umno itu dilihat antara yang membuat kenyataan bahawa Umno akan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Jadi saya nak nasihatkan Khairy Jamaluddin dan juga rakan-rakan beliau supaya tidak menceritakan naratif yang tidak baik. Sebuah parti politik, pemimpin datang dan pergi tetapi parti kekal.

“Saya yakin semua pendukung parti dan ahli-ahli parti yang setia akan memastikan semua kerusi yang bertanding pada PRN akan datang kita akan bekerja keras untuk memastikan kerusi-kerusi tersebut kita menang,” katanya.

Menurutnya, rakan-rakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang turut sama menceritakan naratif berkenaan tidak perlu didedahkan kerana ramai yang mengetahuinya.

“Jadi kepada beliau (Khairy) dan kawan-kawan beliau yang kalau saya tak cakap pun ramai yang tahu..seperti bekas Ketua Penerangan dan sebagainya.

“Cukup-cukuplah mempertikaikan Umno dan BN, kami tahu nak buat apa kerana pemimpin datang dan pergi parti kekal dan kami yakin kita akan buktikan kenyataan mereka salah,” katanya.

Armand Azha yang sebelum ini mengumumkan akan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti kali ini, berkata Umno dan BN akan membuktikannya dengan memenangi di kerusi-kerusi dipertanding pada PRN tidak lama lagi.

“Pada rakan-rakan lain jangan layan mereka..mereka pun bukan ahli parti, yang penting perkukuhkan parti kita ayuh hebatkan Pemuda dan kurangkan serangan dalaman,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here