Rashidi akhiri zaman duda bersama Wan Hasliza

0
2

PELAKON dan penyanyi Rashidi Ishak, 50, mengakhiri zaman dudanya dengan memilih pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.

Berita gembira itu turut dikongsikan di Insta Story anaknya Maryam Rashika yang memuat naik gambar Rashidi mengenakan baju Melayu serba putih.

Gambar dikongsikan Maryam Rashika di Insta Story

“Ayah memakai kasut Nike pada majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan kasut Dr Martens di majlis kahwin bapanya,” katanya.

Beberapa kenalan pasangan terbabit juga berkongsi hari bersejarah itu di media sosial.

Pengarah seni, Saiful Zahairie Zainuddin turut berkongsi foto di Facebook mengenai berita gembira pasangan terbabit dan mengucapkan tahniah

“Tahniah Wan Hasliza Wan Zainuddin, Rashidi Ishak, semoga bahagia ke akhir hayat,” tulisnya berserta foto Rashidi dan Wan Hasliza yang mengenakan baju sedondon berwarna putih duduk atas pelamin.

Gambar kedua-dua mempelai yang dikongsikan Saiful Zahairie Zainuddin di laman Facebooknya

Selain itu turut tular di media sosial beberapa video majlis akad nikah pasangan terbabit.

Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 namun bercerai pada 9 Ogos 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Selain drama Kampung People, Wan Hasliza pernah mengarah Keluarga Iskandar, Love, Supermoon, dan lain-lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here