Muhyiddin perkenal Kabinet bayangan PN

0
2

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Kabinet bayangan gabungan itu, hari ini.

Menerusi Kabinet bayangan itu, Muhyiddin diumumkan sebagai ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang timbalannya.

Sementara, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Radzi Jidin diberikan tugas penting iaitu portfolio kewangan dan ekonomi.

“Kita setuju sekretariat PN akan keluarkan kenyataan polisi, tentang semua perkara, berkaitan ekonomi apa pendirian dasar, alam sekitar, antarabangsa, pertahanan atau keselamatan dalam negara.

“Kita akan bentang supaya rakyat tahu apa kita bentangkan dan kita bersedia memikul amanah besar kalau rakyat beri mandat tadbir negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program pemukiman Ahli Parlimen PN di ibu kota, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here