Dr Ahmad Yunus paling layak jadi MB Selangor?

0
2

PERIKATAN Nasional (PN) mempunyai lebih 10 calon Menteri Besar yang layak dan bersih yang boleh diketengahkan sekiranya parti itu berjaya menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata bagaimanapun Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi adalah calon paling terbaik kerana mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat selain merupakan anak jati Selangor.

“Tidak keterlaluan saya sebutkan antara calon yang terbaik bagi Menteri Besar Selangor adalah anak jati Selangor yang mempunyai rekod bersih dan cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat iaitu Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Beliau berpengalaman menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor selama dua penggal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang tiga penggal dan kini merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat.

“Beliau bergiat aktif dalam kebajikan dengan mengerakkan Yayasan Amal Selangor. Bagi saya seorang pemimpin yang ‘Walk The Talk’ dan fokus dalam kerja beliau,” katanya dalam Facebook hari ini.

Justeru, beliau meminta rakyat Selangor tidak risau dengan calon Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya PN menang pada PRN nanti kerana parti itu mempunyai ramai calon-calon yang berkaliber dan bersih.

“Itu baru satu calon, lebih dari 10 calon Menteri Besar Selangor yang bersih, kompeten dan berkredibiliti dapat diketengahkan.

“Yang paling penting calon-calon tersebut mestilah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,” katanya yang berharap PN dapat menguasai Selangor dan membawa perubahan yang lebih baik.

Semalam, Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya menawan negeri itu pada PRN akan datang.

Namun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here