Nurul Izzah lebih sesuai jadi kedutaan Parlimen

0
2

BEKAS Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar lebih berkemampuan memainkan peranannya sebagai kedutaan Parlimen.

Perkara itu dicadangkan Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan kecederungan Nurul Izzah yang prihatin terhadap sesuatu isu menjadikannya lebih sesuai memainkan peranan sebagai kedutaan Parlimen berbanding menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang ketika ini mendapat pertikaian ramai pihak.

“Ia tidak sesuai untuknya, jadi saya harap Perdana Menteri dengar keluhan orang ramai. Saya rasa pekerjaan yang sesuai untuk Nurul ialah kedutaan, dia seorang yang sangat prihatin, jadi peranan yang boleh dia mainkan ialah kedutaan Parlimen, kita tidak ada jawatan itu.

“Jika ada masalah-masalah dengan kementerian, menteri-menteri dan jawatan-jawatan, orang ramai boleh mengadu kepada kedutaan, jadi saya cadangkan Nurul jadilah kedutaan parlimen,” katanya di Facebook, hari ini.

Zaid menegaskan, pelantikan Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak termasuk orang ramai yang mempertikai dan mempersoal prinsip perjuangan Pakatan Harapan (PH) apabila ‘nepotisme’ ini dilakukan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menasihatkan Anwar supaya mendengar keluhan orang ramai berhubung pelantikan Nurul Izzah.

“Saya tidak bimbang sangat pasal nepotisme, seperti yang Lee Kuan Yew cakap dulu lah, ‘jika saya mempunyai anak lelaki yang sangat berkebolehan, adakah saya perlu melucutkan kelayakannya daripada perkhidmatan awam?’

“Sudah tentu jika anak lelaki atau perempuan anda sangat berkebolehan, berkebolehan luar biasa, saya fikir anda boleh menjadikannya pengecualian, dia boleh dilantik tetapi untuk peranan yang sesuai untuknya,” katanya.

Jelasnya, Nurul Izzah boleh dilantik jika mempunyai kemampuan yang luar biasa dan lebih daripada orang lain, supaya tidak nampak nepotismenya dan kesan buruk nepotismenya.

Tegasnya, jika Anwar tidak mendengar keluhan orang ramai, Anwar juga sama sahaja dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here