Lembaga Disiplin teliti kedudukan 5 Adun sokong Hajiji – Zahid

0
1

LEMBAGA Disiplin akan bermesyuarat bagi meneliti dan membincangkan kedudukan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang menyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini belum ada sebarang tindakan dikenakan terhadap kesemua Adun tersebut.

“Kita ada Lembaga Disiplin Umno, kemudian barulah diserahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk keputusan selanjutnya.

“Keputusan akan dibuat secara adil dan mahu beri keadilan kepada semua ahli (Umno),” katanya selepas mesyuarat khas Umno Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Baru-baru ini, lima Adun secara terbuka menyokong Hajiji walaupun Ketua Umno negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah mengumumkan Umno Sabah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Lima Adun itu ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here