Anak Najib tawar diri tanding Naib Ketua Pemuda Umno

0
2

ANAK Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang.

Mohd Nazifuddin berkata, beliau sedar cabaran besar utama adalah menarik minat dan sokongan orang muda untuk kembali ke arah Umno.

“Maka oleh itu, saya bersedia mendepani perkara utama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Anak kepada bekas Perdana Menteri keenam itu berkata, keutuhan berpasukan, persepaduan dan kesepakatan dalam setiap gerak kerja amatlah diperlukan.

“Sebagai ahli parti, sudah pastinya ini elemen utama yang menjadi inipati yang sekian lama menjadi didikan pada diri saya.

“Boleh saya sumbangkan kembali kepada parti yang telah banyak berjasa ini. Bukan sahaja untuk orang Melayu malahan kepada keseluruhan rakyat Malaysia juga.

“Maka dengan penuh rendah hati, saya mohon sokongan dari seluruh sahabat Pemuda Umno seluruh Malaysia,” katanya.

Jawatan Naib Ketua Pemuda Umno ketika ini disandang oleh Shahril Hamdan.

Shahril bagaimanapun digantung enam tahun oleh parti berkuat kuasa Jumaat lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here