Tun M kini dalam fasa kemurungan politik – Puad

0
2

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalami fasa kemurungan dalam politik.

Beliau berkata, ketika ini ‘tidur’ Dr Mahathir terganggu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipecat olehnya serta dipenjarakan satu ketika dulu, kini menjadi Perdana Menteri.

“Kini ‘tidurnya’ terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat, dipenjara dan jadi PM tepi kini jadi PM ke 10.

“(Sementara, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) yang didakwa dengan puluhan pertuduhan kini jadi TPM (Timbalan Perdana Menteri) dan kekal Presiden Umno,” katanya menerusi Facebook.

Mohd Puad berkata, lebih ‘menekan’ Dr Mahathir lagi apabila Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan kekal disanjung dan boleh menjadi kawan politik yang dipercayai apabila dibebaskan nanti.

“Dr Mahathir pula walaupun hidup bebas, tetapi terpenjara dengan kemurungan. Status dia adalah ‘negarawan’ semakin pudar,” katanya.

Mohd Puad berkata, Dr Mahathir juga murung kerana pelawaannya kepada beberapa pihak untuk menjadi rakan kongsi politik tidak lagi disahut.

“Bukan sahaja Umno sanggup diharamkan pada tahun 1988, tetapi dijatuhkan sendiri oleh beliau pada 2018. Cuma dia gagal membunuh Umno. Sebab itu Tun M tambah murung.

“Tun M kini kemurungan meninggalkan politik. Dia hilang deposit. Dia hilang penyokong ‘die hard’. Parti Pejuang sedang menghampiri kematian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here