Rasuah tetap rasuah, ia bukan sedekah, Isham bidas Raja Petra

0
2

KETUA Penerangan Umno, Isham Jalil menyifatkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin sebagai terdesak kerana ‘menyerangnya’ di media sosial bagi mempertahankan ‘sedekah’ Perikatan Nasional (PN).

“Kepada Raja Petra, usahlah nampak terdesak sangat ingin menyerang saya hanya kerana kamu ingin mempertahankan sedekah atau rasuah PN.

“Rasuah tetap rasuah, ia bukan sedekah. Usah tegak benang yang basah.

“Kita perlu bersihkan politik Malaysia ini dari rasuah dan ke arah politik dasar yang lebih positif,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Raja Petra memuat naik satu video di laman sosial bagi mempertahankan “sedekah” PN.

Raja Petra juga mengulas saranan Isham supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menunjukkan bukti kukuh bahawa PN tidak rasuah pengundi.

Menurut penulis blog itu lagi, sepatutnya orang yang menuduhlah menunjukkan bukti, bukan orang yang dituduh.

Mengulas mengenainya, Isham berkata beliau faham undang-undang yang mana perkara itu dalam kebanyakan kes adalah betul namun ia tidak setiap masa betul.

“Bezanya kali ini, sehari sebelum saya mengutarakan saranan di atas, Hamzah yang membuat kenyataan media kononnya dia ada bukti kukuh yang PN tidak beri rasuah kepada pengundi walaupun banyak video tular dan laporan polis telah dibuat menunjukkan sebaliknya.

“Oleh itu, jika Hamzah sudah ada bukti kukuh seperti dinyatakannya, maka tunjukkanlah kepada rakyat, tidak perlu rakyat tertunggu-tunggu untuk menutup isu ini atau SPRM bersusah-susah dan berhabis sumber mencari bukti sebaliknya.

Dalam undang-undang jenayah, jika seseorang yang dituduh itu tidak bersalah dan ada alibi, maka dia sepatutnya menyatakan alibinya untuk membuktikan dia tidak bersalah supaya pendakwa boleh mengecualikannya dari dituduh,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here