Mangsa banjir kini 12,201 orang

0
2

JUMLAH keseluruhan mangsa banjir di seluruh Malaysia setakat jam 12 tengah hari tadi direkodkan seramai 12,201 orang daripada 3,805 keluarga di empat negeri yang terjejas.

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor keadaan itu menunjukkan peningkatan penduduk yang dipindahkan.

Menurut laporan itu, Sabah kini mencatatkan mangsa paling ramai membabitkan 6,331 penduduk daripada 2,168 keluarga di empat daerah iaitu Kota Marudu (4,789 mangsa), Kudat (762 mangsa), Lahad Datu (18 mangsa) dan Pitas (762 mangsa).

Mangsa banjir di Kota Marudu
Keadaan banjir di Pitas

Johor pula merekodkan seramai 5,528 mangsa daripada 1,536 keluarga membabitkan tujuh daerah iaitu Batu Pahat (299 mangsa), Kluang (1,266 mangsa), Kota Tinggi (744 mangsa), Mersing (1,173 mangsa), Muar (217 mangsa), Pontian (18 mangsa) dan Segamat (1,811 mangsa).

Di Pahang mangsa turut meningkat dengan 286 mangsa daripada 84 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Rompin.

Manakala negeri terbaharu yang dilanda banjir adalah Sarawak membabitkan daerah Kuching dengan 56 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan.

Sementara itu, NADMA turut melaporkan seramai 226 penduduk membabitkan 39 keluarga yang terjejas akibat kebakaran Rumah Panjang Bujang, di Rantau Kiran, Sarawak semalam turut ditempatkan di sebuah PPS di Limbang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here