Amanah Kedah pertahan Kor Ming, minta Sanusi ‘move on’

0
2

AMANAH Kedah membidas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa terus tidak boleh ‘move on’ dan berterusan memainkan isu perkauman dalam ucapan-ucapannya.

Ia selepas tular di media sosial ucapan Mohamad Sanusi kononnya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming ada agenda tersembunyi apabila mahu membawa konsep pembangunan perumahan dari Singapura.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata Muhammad Sanusi cuba meracuni pemikiran orang Melayu kononnya Menteri KPKT mahu membawa agenda pilihan raya Kerajaan Tempatan dari Singapura apabila mahu meniru pembangunan perumahan negara jiran itu.

Katanya, Muhammad Sanusi juga cuba meracuni pemikiran orang Melayu kononnya KPKT sedang melaksanakan agenda Silk Road dari China.

“Ada beberapa isu yang tidak menyenangkan saya dan saya percaya rakyat Malaysia juga tidak senang dengan pendekatan politik perkauman PAS ini.

“Pertama, meniru pembangunan perumahan dilaksanakan oleh Housing Development Board (HDB) Singapura adalah suatu tindakan sangat baik untuk meningkatkan kualiti perumahan di Malaysia.

“Semua tahu kualiti perumahan rakyat yang dibuat oleh Singapura melalui HDB sangat tinggi berbanding Malaysia. Apa salahnya kita belajar kebaikan yang dibuat oleh Singapura. Rasulullah sendiri berkata “Tuntutlah ilmu walaupun ke negegeri China”.

“Takkan kerana nak tiru perumahan di Singapura maka kita akan bawa semua perkara dari Singapura. Ini pemikiran cetek dan berniat jahat Sanusi yang sengaja mahu mengapikan semangat perkauman negatif untuk menjaga kepentingan politik PAS,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, Muhammad Sanusi menyatakan KPKT melalui projek ini mahu melaksanakan dasar kerajaan tanah besar China iaitu “Silk Road” ke negara ini yang kononnya kini disekat oleh kerajaan PAS Kedah.

“Yang projek….. tu apa. Yang kita nak perumahan baik untuk rakyat tak boleh, kononnya nak sokong projek ‘Silk Road’ China, yang dia dok bagi segala macam untuk syarikat dari China tu tak apa pula.

“Yang terbaru adalah beliau menandatangani MoU dengan sebuah syarikat dari China Xiamen Tungsten Co Ltd untuk projek perlombongan REE di Sik.

“Inilah yang saya katakan, Sanusi dan PAS ini tidak move on lagi. Ketika Tuanku Sultan Kedah nasihat agar berbuat baik dengan kerajaan Pusat untuk kepentingan rakyat, dia masih lagi dok main isu perkauman. Kalau betul tak apa juga, tetapi hanya khayalan Sanusi semata-mata,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here