Sains dan agamawan tentukan isu kesihatan sentuh sensitiviti agama

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dan JABATAN Perdana Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersetuju agar segala isu kesihatan dan agama dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan mahabbah antara Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dengan Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, hari ini.

Dalam satu kenyataan bersama, menteri berkenaan bertemu bagi mencapai titik temu kelestarian dasar dan polisi kedua-dua kementerian untuk bekerja sebagai satu pasukan.

“Perbincangan antara Dr Zaliha dan Mohd Na’im banyak menyentuh mengenai isu-isu kesihatan dan agama.

“Hal ini berikutan, terdapat beberapa isu kesihatan yang menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan persepsi tidak baik disebarkan dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Perbincangan itu turut dihadiri bagi pihak KKM adalah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Noorhayati Rusli dan Ketua Sektor Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Anita Suleiman.

Manakala pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pula disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Halimah Mohd Yusoff dan Dr Luqman Abdullah.

“Perbincangan itu juga bersetuju bahawa segala isu kesihatan dan agama perlu dibincang secara holistik dengan mengambil kira data sains dan pandangan agamawan.

“Perkara ini penting agar segala keputusan yang dicapai memberi manfaat yang murni kepada rakyat merentas kaum dan agama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here