SEORANG pemimpin Bersatu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti berbicara soal integriti dan anti rasuah.
Ini kerana menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman, Perdana Menteri telah melantik Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Anwar Ibrahim sudahlah sembang pasal integriti dan anti rasuah.
“Selagi TPM kamu bernama Zahid Hamidi, rakyat bukan saja tak hormat, malah menyampah dan menyindir,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya.
Ahmad Zahid kini berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi. – Malaysiapost

