“Ada kes bawa ke SPRM, mudah sahaja” – Ahmad Fadhli

0
1
KOTA BHARU 25 APRIL 2018. Calon PAS P022 Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di majlis pengisytiharan calon PAS Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang menampilkan 21 muka baru daripada 59 calon di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV). NSTP/SYAMSI SUHAIMI

PENYOKONG Barisan Nasional (BN) dan ‘sekutunya’ Pakatan Harapan (PN) tidak boleh menafikan mereka kini sedang berketuakan seorang pemimpin yang sedang menghadapi dakwaan kes rasuah di mahkamah, kata Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Dewan Pemuda Pas itu, menyindir pihak berkenaan yang ‘panas’ apabila beliau meminta Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencermin diri sendiri sebelum menyerang Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam isu rasuah.

“Panas benar penyokong BN (dan PH) apabila saya minta Datuk Seri Presiden membeli cermin.

“Tak kira apa tafsiran rasuah dan sedekah sekalipun, ada kes bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mudah sahaja.

“Jangan nafikan anda sedang berketuakan seorang yang sedang hadapi puluhan dakwaan kes rasuah di mahkamah! Rakyat yang ada maruah, akan humban anda sekali lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu Ahmad Fadhli dalam satu lagi hantaran di Facebook, kelmarin menyindir Ahmad Zahid supaya tidak menyerang Presiden Pas dalam isu rasuah.

“Sebelum Datuk Seri Presiden menyerang Presiden kami dalam isu rasuah, saya sarankan Datuk Seri membeli cermin, atau gunakan cermin yang ada di kediaman rasmi,” sindirnya.

Sindiran itu susulan kenyataan Presiden Umno yang membidas Abdul Hadi susulan kenyataannya bahawa pemberian wang tunai oleh parti itu ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai sedekah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sekiranya perkara itu dilakukan pihak lain Abdul Hadi akan menyifatkannya sebagai rasuah, namun apabila ‘berbalik’ kepada partinya dipanggil pula sedekah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here