Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Tun Daim

0
2

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Daim Zainuddin atas pemergian isterinya, Toh Puan Mahani Idris, semalam.

Ucapan takziah Paduka Baginda berdua dizahirkan menerusi kenyataan di Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan itu.

Media melaporkan jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here