SERAMAI 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka mengalami kebakaran di Plaza Tol UPM, Serdang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.19 pagi tadi.
“Sebuah bas persiaran dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran 100 peratus.
“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus, selain memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan. – Malaysiapost

