Trafik perlahan di lebuh raya utama

0
2

ALIRAN trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak kira-kira hampir 20 kilometer (KM) sejak tengah hari tadi susulan banyak kenderaan menuju ke arah Pantai Timur hari ini.

Lebuhraya Pantai Timur dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, aliran trafik sesak menghala ke Kuantan sebelum Plaza Tol Gombak.

Keadaan sama turut berlaku 4.8 kilometer (KM) dari Plaza Tol Gombak hingga 24.6km (Gombak), di Bukit Tinggi, Lentang dan juga dari Km 56.7 – Km 60.5 (Lentang-Bentong).

Sementara itu katanya, trafik di kedua-dua hala bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1@E8) masih lancar.

Dalam pada itu, di Lebuh Raya Persekutuan pula, trafik dilaporkan perlahan sekitar pukul 12.48 tengah hari tadi dari arah selatan iaitu dari Putra Mahkota ke Nilai dan Bandar Ainsdale ke Pedas Linggi.

Keadaan sama turut dilaporkan berlaku di Pedas Linggi ke Hentian Sebelah Pedas Linggi serta di Ayer Keroh menghala ke Jasin.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook berkata, trafik perlahan dari arah Selatan termasukPutra Mahkota ke Nilai; Bandar Ainsdale ke Pedas Linggi; Pedas Linggi ke Hentian sebelah Pedas Linggi serta Ayer Keroh ke Jasin.

Sementara, trafik juga dilapor bergerak perlahan dari arah Utara termasuk Sedenak ke Simpang Renggam; Simpang Renggam ke Ayer Hitam Senai ke Kulai.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pengecualian bayaran tol kepada pengguna lebuh raya seluruh negara membabitkan semua kelas kenderaan pada semalam dan hari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pengecualian bayaran tol selama dua hari itu akan membabitkan peruntukan RM40 juta.

PLUS menjangkakan dua juta kenderaan bakal menggunakan semua rangkaian lebuh rayanya semalam, esok dan Selasa iaitu hari puncak sempena cuti perayaan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here