Teladani ketangkasan ‘Sang Arnab’ hadapi cabaran – PAS

0
2
takiyuddin

PAS menyeru rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama bekerjasama untuk menghadapi sebarang cabaran mendatang dengan mengambil semangat ketelitian dan ketangkasan ‘Sang Arnab’.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, menerusi semangat itu dapat membina negara Malaysia lebih cemerlang dan bermanfaat kepada semua.

“Bersempena tahun baharu ini, marilah seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama bekerja bersama bagi menghadapi apa-apa cabaran yang mendatang dengan mengambil semangat ketelitian dan ketangkasan ‘Sang Arnab’.

“Ia dalam usaha membina negara Malaysia lebih cemerlang dan bermanfaat kepada semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, PAS mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat yang menyambut perayaan itu di seluruh negara, esok.

“Seperti tahun-tahun lepas pada malam tahun baharu kali ini, masyarakat Cina akan berkumpul dengan keluarga serta orang tersayang untuk melepaskan Tahun Harimau dan menyambut kedatangan Tahun Arnab pula.

“Atas semangat tahun baharu juga, pastinya anda akan berkongsi kegembiraan dan bersama-sama meraikan kehadiran semua pada waktu senang selain menawarkan sokongan dan bantuan pada masa-masa sebaliknya,” katanya.

Takiyuddin berkata, beliau turut mendoakan semua agar berada dalam kesejahteraan dan kesihatan yang lebih baik pada tahun ini.

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina pada esok dan Isnin ini.

Dalam kalendar Cina, terdapat 12 binatang mewakili zodiak pada setiap tahun dan tahun ini merupakan giliran arnab. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here