‘Orang awam sedekah pengundi tak langgar peraturan ‘ – Abdul Hadi

0
1
https://www.facebook.com/146911248727335/photos/pb.100044222510324.-2207520000../4305409722877446/?type=3

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia sedekah dan tidak melanggar peraturan.

Beliau berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Menurutnya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Abdul Hadi mengulas berhubung petisyen pilihan raya yang difailkan Umno Terengganu bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, yang dimenangi calon PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dilaporkan berkata petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu, atas alasan parti lawan merasuah pengundi di ketiga-tiga Parlimen berkenaan sepanjang tempoh kempen PRU15.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan tindakan Umno Terengganu itu sebagai suatu gerak saraf. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here