Covid-19: 280 kes baharu, 7 kematian dicatat semalam

0
2
Jenazah covid-19 ditutup dengan keranda selepas dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 280 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kini 5,034,228.

Menurut portal KKMNow, tujuh lagi kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan semalam dan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah 36,930 kes.

Kes sembuh dicatatkan adalah sebanyak 300 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,986,943 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 10,355 kes aktif Covid-19 direkodkan dengan dengan 9,957 atau 96.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 382 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 16 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) termasuk 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here